Ekelas Subjek Matematik & Sains Tingkatan 4 & 5
28 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2019 (Sabtu), telah di adakan eKelas Subjek Matematik & Sains ini bagi minggu untuk pelajar Tingkatan 4 & 5 .Kelas ini berlangsung dari jam 16.40 petang sehingga 18.00 petang.Pada minggu ini ialah Minggu Projek Akhir Tahun untuk subjek Math & Sains bagi pelajar Tingkatan 4&5 di Pusat internet Krokong.Projek Akhir Tahun ini wajib disertai pelajar-pelajar eKelas yang nak layak mendapat peluang untuk menang hadiah-hadiah menarik eKelas.
Pelajar-pelajar yang gagal menyertai projek kedua-dua subjek ini tidak akan layak untuk memenangi hadiah seperti basikal berlipat dan sebagainya.Seramai 3 orang pelajar yang hadir untuk kelas ini.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: